0 comments

peRtanDingAn DrAma







setelah berpulun berlatih selama hampir 1 bulan
seminggu balik lewat, kol 7 baru sampai rumah
(rasa cam keje opis)
dan brtus2 duit keluar
(tu pun ada yg masih hutang lagi ..blom settle...)
maka 25/3 adalah kemuncak segala2nya

aku plak ari jumaat tu terlewat bangun
sedar2 jek dah 6.30
baju x gosok lagi ..aadussss !!!! cam ne la ble bangun lewat
kunci bilik letak barang2 drama ada pd aku..
kalut ..kalut... rasa nk terbang jek
apa lagi kat highway 140km/j aku tekan
dan......
ble kuar tol rawang JEMMMM.....JJJEMMMMM
aku pun x tau kenapa...
tetiba dengar kat HOT.FM ada lori bawak batang konkrit terbalik
time ni la plak nak terbalik (hheheeheh.)
pakai bedak ngan lipstik pun dalam kereta jek (sempat lagi tu)
so hampir kol 9.00 baru aku sampai skul
mmg kelam kabut sebab bukan aku je rupanya
k.asmida, paragas, pelakon2 drama aku semua datang lambat
bas dah tunggu tp 1 apa pun x siap lagi...

peluh aku dah berjurai2 nih kuar...
ketiak dah basah, bau deodarant pun dh hilang (heheheh)
takut x sempat sampai kat taman budaya KL before 10.00
tp alhamdulillah..dalam kol 10.15 baru kami sampai
trus preeta n rajesh solek pelakon2 aku
aku ngn paragas g settle sound system n lighting
k.siti n k.asmida g settle pentas
so penganjur bagi 1 jam untuk setup pentas n rehearsal
separuh rehearsal jek...pastu trus pengadil masuk...

jeng...jeng...
pertandingan pun bermula
hopefully semua berjalan lancar
aku yg jaga sound system ni pun jgn la tersalah lagu cam rehearsal td
abang jg curtain n bar backdrop pun hopefully dapat menjalankan tugasnya

dan buat tatapan semua
inilah antara gambar2 time drama tu
tajuk drama
CINDAI

ON D WAY



TAMAN BUDAYA KUALA LUMPUR, JALAN TUN H.S. LEE

ada anak murid aku tanya
"cikgu , kenapa kita pergi bangunan lama ni?"
aduh
"ni bukan bangunan lama la, ni design bangunan tradisional"
"tradisional apa tu cikgu"
pegghhhbanyak soal plak budak ni


BARISAN PELAKON DAN KREW


SCENE2 DALAM DRAMA CINDAI





ada sesapa pernah nampak x brother tu?
kata paragas dia pengarah filem tamil popular kat Malaysia..
but sori paragas..memang aku x kenal n u know y..hehehe






keputusan x tau lagi, tp kami dah dapat anugerah pelakon teramai...
sebelum kami 10 orang jek pelakon dia
kami??ha korang kira lah sendiri


TERIMA KASIH KEPADA PENGGERAK DRAMA DAN SUPPPORTER



ACTUALLY SEMUA WARGA SJKT MEMBERI KOMITMEN YANG CUKUP BAIK, TERIMA KASIH SESANGAT BUAT SEMUA...
SAPA2 GAMBAR YANG TAK ADA HARAP MAAF YE...TIADA DALAM SIMPANAN SAYA
NI PUN ADA YANG CURI DARI ORANG LAEN


sinopsis
cindai yang tinggal dengan ibu dan kakak tiri selalu dimarahi dan dizalimi, suatu hari lepas cindai dimarahi oleh ibunya dia membawa hati yang lara ke dalam hutan, tiba-tiba pari-pari datang dan beri cindai suara, ble cindai syok menyanyi tetiba putera raja dengar trus suruh pengawal kejar dan cari cindai di rumah ibu tiri, mak tiri tipu putera bgtau yg dia ada 2 anak jek, pastu putera raja suh kakak2 cindai nyanyi, heheheh suara kakak2 tiri dia x sedap then putera raja balik dengan kecewa. ibu tiri marah sangat kat cindai, pastu dia panggil nenek kebayan untuk sihir suara cindai jadi sumbang. tetiba pari2 datang bagi balik suara cindai. esoknya bila putera datang balik sebab x puas hati, ibu tiri dengan kompiden suh cindai nyanyi, pastu kakak tiri dan mak tiri pengsan dengar cindai nyanyi sebab suara cindai memang sedap. LAstly, cam biasa la they live happily ever after......
read more
0 comments

mAjLiS KeSyuKuRaN CuCu BarU


Assalamualaikum


Alhamdulillah..tertunai juga hajat Atok Aji & Nenek Kiah nak buat kenduri cucu baru pada cuti sekolah lepas (Khamis=17 Mac),
ramai jugalah tetamu yang hadir dan dua-dua baby tu x meragam pun..
steady jek...

memula cadang nak buat majlis cukur jambul,
tp ble tengok keadaan kedua2 bby yg masih BOTAK tu
maka cancel la majlis tu, ganti dengan majlis kesykuran jek....

menu ari tu punyalah banyak...memula kata nenek buat yang simple2 jek tapi....
bila dah hari majlis..ni ha!!! atas meja (gambo x de hehehhe)
  • KETUPAT NASI
  • SAMBAL KACANG
  • LODEH
  • RENDANG AYAM
  • BARYANI KAMBING
  • MEE REBUS
  • NASI PUTIH
  • ASAM PEDAS IKAN PARANG
  • URAM DAUN ULAMAN
  • KUIH
(jangan cerita la..punyalah banyak...Alhamdulillah)


ni la our little baby yang very gud boy & gurl malam tu


ni plak mummy n mama



ha!!!!! budak ni memang selalu interframe
KAKAK MYA


terima kasih kepada tetamu yang sudi hadir pada hari tu dan menghulurkan banyak pertolongan..

SYUKRAN

mana2 pihak yang tak de dalam gambar jgn kecik hati ye..
camerawoman x sempat ambik..
buzy la katakan
hehehhehehe


read more
0 comments

MesYuAraT PPDa (SMK BANDAR BARU SG BULOH)

(back dated status..hehehheh)

Tengah aku dok santai2 ngan family, tetiba aku dapat call dr skul, GPK HEM bg tau 28 / 02 tu aku kena g meeting..aku x kisah la g meeting tp yang aku kisah ialah tempat meeting tu..dah la bgtau time aku kat johor…mana la sempat nak cari skul tu kat mana…time 1st meeting tu kat SK Taman Desa Country Home, Rawang, senang la nak cari sebab dekat ngan skul aku, tapi SMK BANDAR BARU SUNGAI BULOh…adussss rasa nk tercabut jek jantung aku…kat mana plak ler skul tu…aku ajak hubby balik awal petang tu semata2 nk survey kat mana skul tu, nt x le meraban-raban aku nak cari sengsorang…. Aku jadi panic sebab kat GARMIN x de la skul tu…selalu cik akak tu le yg rajin tunjuk jalan kat kami…ni ble x de suara cik akak tu sure sesat…

So pas anta mamauda,papauda n rayyan maka aku pun trus ajak mr hubby cari skul tu… mr hubby suh cari sekolah kebangsaan Bandar Baru sungai buloh kat GARMIN, mana la tau kot2 ada…punya la hepi time tu tetiba jek ada terjojol sekolah tu… x pe lah x dapat smk tp sk pun cukup la sebab aku sure sk n smk dekat2 punya…

So kami pn ikut GARMIN… turn left la,,,turn right la..keep left la..if possible make a u turn la…tetiba u arrive a destination on ur left…. Tergezut aku, ble toleh kiri ada petrol pump bukannya sekolah…g balik wat u turn, takut kami terlepas simpang, tp kat situ gak perginya…ble dah 3-4 kali jadi cam tu…mr hubby yang cool tu dah mula mengeluh dah….

Korang tgok jam tu dah pukul berapa..skul x jumpa lagi, badan dah penat, mata dah mengantuk seb baek layan HOT FM…


Sampai tersesat ke kelab golf la..ntah mana2 ntah…

Last2 berenti tepi, cari skul guna GOOGLE Map, baru la jumpa, naper la dari awal x terpikir nak guna method tu..percaya je la suara cik kak tu tadi…..anak2 plak dah lama belayar dah…uda dia trun kereta td pn dah x nampak..tp seb baik diaorang tido,,kalo x mr hubby sure lagi tensen….


tu mr hubby tgh google la tuh...


Pusing punya pusing jumpa gak skul tu, tapi pintu belakang, x jumpa pintu depan, “sok awak tanyalah sesapa kat sini, tanya mana pintu depan skul tu” aku akur dengan arahan tu…BAIIKKK BBOOOOSSS!!! Actually aku tkut gak mr hubby marah, aku tau dia penat , maklumlah drive dr johor..tp ikutkan hati nak je suruh dia cari sampai dapat…sok cam ne ni nak cari pintu depan plak….aduuusssss……

So pepagi ble sampai skul ambik surat mesyuarat tu, baca punya baca ada la orang yang aku ble contact jika ada sebarang pertanyaan, trus aku tanya mana pintu depan skul tu….lor sennag je rupanya….

Ni la skul yang menyusahkan aku ni..tp aku hepi sebab skill aku kat kl/Selangor ni naik stu level lagi, time ni terasa best je kat johor, sekolah dekat2 n jalan x jem…senang nk cari sekolah walau kat mana pun aku dihantar mesyuarat..maklumlah tempat tanah tumpah darah aku..mmg la aku expert..


signboard sekolah

SMK BANDAR BARU SG BULOH


Pintu masuk dewan sekolah


Meja pendaftaran

Ni la pegawai PPD yang bagi talk kat kita orang, actually meeting kat surat sampai 4pm tapi 11pm dah settle dah, so pas lunch aku pun balik… fuh!!!! cayalah, berjaya aku mengharungi ari ni dengan cemerlang…mama boleh!!!!!

read more
1 comments

BiNgKa JaGunG

dah lama dah buat kuih ni..tp bru terasa nk update...mood cuti minggu lepas malas nk update blog..heheheh asyik masyuk cuti balik ke kampung...tu yg lupa segala2....ok la ni la hasil buah tangan aku..dulu dok beli jek..now dah pandai buat dptlah jimat duit..kengkawan pun kata ok...ada yg ambil sampai 2-3 potong..heheheh..nt bawak bebanyak sikit eh...bru semua bleh rasa...so ni la resepi kuih Bingka Jagung tu...

BinGkA JaGunG

Bahan-bahan:
( cukup utk sefamily 5-6 orang )

1 cawan tepung gandum
1 cawan santan
1 cawan susu sejat
3/4 cawan gula
2 biji telur
1 tin jagung manis ala krim
sedikit pewarna kuning
sedikit bijan jika suka (tp gambar aku x letak pun, mana nak cari bijan)
1/2 sudu teh garam
sedikit esen vanila

ada resepi letak tepung kastard, tp resepi ni mmg x letak n yummy......

Cara-cara:
1. "Blender" semua bahan hingga sebati kecuali jagung dan bijan.
2. Masukkan jagung dan "blender" sebentar.
(kalau nak tekstur halus la..tp aku x blender pon, bru sedap ada tergigit2 jagung skit kan....)
3. Tuangkan dalam loyang dan taburkan bijan jika suka.
4. Bakar pada suhu 160 C selama 1 jam
(kalau nak bagi garing sikit atasnyer tambah dalm 15 minit lagi)


masih dalam oven nih....tp dah nak masak tu..uisshhh sampai terkeluar dr loyang tu...


hasil yang telah dipotong2...yum..yum..yum...
mak mertua puji yang x tahan tu..ehem...ehem...


read more
0 comments

KeRaBu ManGGa



bila sebut kerabu mangga ni, teringat aku kat kawan lama di sekolah lama, kak misah...i miss u... dialah supplier mangga kat skul tu, so aku selalu wat projek kerabu mangga kat skul tu, asal ada jamuan je, adalah la kerabu (tapi x selalu la..kalo berbuah pokok k.misah tu, merasalah kami)

huk..huk...huk... i mizz dat moment....
oklah kengkawan ni la isi dalam bekas yang satu lagi tu...

so buat tatapan kengkawan.. inilah resepi


KERABU MANGGA

2 biji buah mangga muda
4 biji cili padi
1 biji limau nipis (kalau suka masam, bleh la lebihkan)
1/2 biji bawang besar
1 sudu ikan bilis goreng (ditumbuk kasar)
1 sudu udang kering goreng (ditumbuk kasar)
1 sudu kacang tanah yang ditumbuk kasar-kasar
garam
gula

CARA-CARA
  1. Sagat buah mangga menggunakan penyagat
  2. Cili dan bawang dipotong halus.
  3. Campurkan semua bahan dan gaul
  4. Senangkan, dah siap


read more
0 comments

IkaN cenCarU SuMbAt



menu makan tengahari kami di hari minggu. ada banyak masa boleh la masak yang rumit2 sikit..kalo x, balik sekolah sempat masak sayur, goreng telur@ goreng ikan pun dah cukup bagus... so far mr hubby pun x cerewet..makan jek apa yang terhidang...kalo banyak songel masak sendiri la.... hehehehheheh...

so inilah resepi


IKAN CENCARU SUMBAT

15-25 biji cili kering
1 cm kunyit
1 cm halia
1 buku bawang besar
3 ulas bawang putih
2 batang serai (sederhana besar)
asam jawa
minyak masak
garam
gula

Cara-cara
  1. Kisar cili kering, kunyit, halia, bawang besar, bawang putih, dan serai.
  2. Panaskan minyak masak di dalam kuali dan tumis bahan yang dikisar tadi.
  3. Bila dah kering dan naik minyak, letak air asam jawa dan garam dan biarkan kering
  4. Akhir sekali letak gula mengikut citarasa (biasanya hidangan ini sedikit manis)
  5. Kemudian,ambil ikan yang dibelah bahagian belakang badan, sumbat sambil di bahagian tersebut dan ikat dengan daun pandan
  6. Pastu, bolehlah goreng ke bakar ke ikan tu.


korang jangan ikut cara aku ni tau, ni nak cepat, sepatutnya ikan tu ikat ngn daun pandan pastu balut ngan daun pisang bagi wangi dan x lekat kat atas kuali...lagipun mana nk cari daun pisang kan...( ceh!! alasan)...sebenor2nya PEMALAS..kalo mak nampak sure bebel x sudah...maaf ye mak..anak mu ingkar..heheheh



korang tengok tu...alas ngan daun pandan cam gitu jek? memalukan mak betul la kakak ni...



yang aku cakap tu sumthing like dis la...aku copy dari blog orang ni..tp ni x de letak daun pisang



ini la hasilnya....



actually, kami nak g makan tengahari kat umah mak mertua, tu yang siap2 tapow kat dlm tupperware..heheh..serampang dua mata..untuk promosi gak ni....



dalam bekas hijau tu adalah lebihan sambal sebab nanti boleh dicicah dengan ikan tu..maklumlah ada gak yang suka sambal lebih

yang satu lagi tu apa ek? wahhh!!!!! suprise....

next entry..next entry...next entry...

hehehehhehe
read more
0 comments

BrEakFaSt On WeeKend- MuRtAbaK

Buntu rasanya ble fikir nak masak apa untuk breakfast…tp ble fikir adik aku nak datang n dia suka murtabak so aku pun try le buat murtabak daging, ni original resepi aku ek… x de copy atau follow dari memana,,kira resepi pepandai sendiri la ni

Ok ni bahan untuk buat daging murtabak tu

Sukatan ikut sesedap rasa ye

Halia, bawang putih,garam,gula,sedikit air, rempah baryani n minyak also daging (lupa plak)

hehhe...sian korang, nt bawah nu aku bagi resepi betol...


tarraa…ni hasilnya…


so malam sebelum tu, sambil2 tengok raja lawak season 5 episode…ermmmm x ingat la tp epi kuar malam tu…tgn pun dok uli tepung murtabak tu..


bahan-bahan untuk tepung murtabak, eh nak jugak ke?

Tepung ½ peket, telur 1 biji, susu pekat 2 sudu besar,marjerin, garam n air secukupnya

Aku mmg x de sukatan untuk air

Mak aku ajar biar terlembik sikit, so nanti ble tgah uli2 tu ble tambah tepung kemudian, so pastikan ada tepung lebih la time tu..kalo x adunan x cantik

Kemudian uli la dalam 15 minit..pastu bulatkan kecik2, pastu sapu marjerin kat setiap bulatan kecil tu n uli lagi sampai permukaan tepung tu licin

(heheh dah siap baru teringat nak amek gambo)

Ble dah siap, letak dalam bekas n tuang minyak dalam bekas tepung tu dan simpan dalam peti ais, sebba soknya baru aku nak buat murtabak tu

Bangun pepagi tu aku terus canai tepung tu atas dulang jek…x reti nak menebar….

Mr hubby cakap "huh...cam tangan mamak plak tangan mama dalam pic"

huh hampeh tol


Pas canai tu letak la daging yang dah dimasak tu, bawang besar n telur yang dicampur dengan kicap masin


Masak hingga kekuningan


Murtabak is ready……


yummy..yummy..yummy….

oleh kerana tepung ngan inti murtabak x balance so, tepung lebih aku wat roti canai simpul

ni fav family aku sb roti cam ni lebih rangup


ok yang ditunggu dah tiba


MURTABAK DAGING SEMARAK


BAHAN A (untuk isi)

1/2 kg daging ayam/lembu
1 cm halia
2 ulas bawang putih
1/2 bungkus rempah baryani (aku guna faizah's brand)
garam n gula

- tumis bawang putih n halia, bila dah naik bau masukkan daging
-tambah air dan biar hingga empuk
-ble sudah separuh kering, letak garam dan sedikit gula
-masak hingga kering macam buat rendang

BAHAN B (untuk kulit)
1/2 peket tepung gandum
1 biji telur
2 sudu besar susu pekat manis
2 cawan air (anggaran sahaja-boleh di adjust kemudian)
Marjerin

-Tepung, telur, susu air dan garam dicampur bersama.
-Uli sehingga tangan tidak melekit dengan tepung, kalau masih melekit, tambah tepung sedikit
demi sedikit
- bulatkan kecil-kecil tepung tadi mengikut anggaran murtabak yang akan dibuat
-letak marjerin sedikit di atas bulatan kecil tadi dan uli masuk ke dalam.
-simpan adunan di dalam minyak
-kemudian kalo x mo trus canai, bleh simpan dalam peti sejuk dulu, sok pepagi baru kuarkan dan canai.
-boleh juga ditambah daun sup untuk isi murtabak ni, tp memandangkan aku malas nak memilih untuk anak2 aku yg susah makan sayur, so aku pn x letak..

selamat mencuba...
read more