BrEakFaSt On WeeKend- MuRtAbaK

Buntu rasanya ble fikir nak masak apa untuk breakfast…tp ble fikir adik aku nak datang n dia suka murtabak so aku pun try le buat murtabak daging, ni original resepi aku ek… x de copy atau follow dari memana,,kira resepi pepandai sendiri la ni

Ok ni bahan untuk buat daging murtabak tu

Sukatan ikut sesedap rasa ye

Halia, bawang putih,garam,gula,sedikit air, rempah baryani n minyak also daging (lupa plak)

hehhe...sian korang, nt bawah nu aku bagi resepi betol...


tarraa…ni hasilnya…


so malam sebelum tu, sambil2 tengok raja lawak season 5 episode…ermmmm x ingat la tp epi kuar malam tu…tgn pun dok uli tepung murtabak tu..


bahan-bahan untuk tepung murtabak, eh nak jugak ke?

Tepung ½ peket, telur 1 biji, susu pekat 2 sudu besar,marjerin, garam n air secukupnya

Aku mmg x de sukatan untuk air

Mak aku ajar biar terlembik sikit, so nanti ble tgah uli2 tu ble tambah tepung kemudian, so pastikan ada tepung lebih la time tu..kalo x adunan x cantik

Kemudian uli la dalam 15 minit..pastu bulatkan kecik2, pastu sapu marjerin kat setiap bulatan kecil tu n uli lagi sampai permukaan tepung tu licin

(heheh dah siap baru teringat nak amek gambo)

Ble dah siap, letak dalam bekas n tuang minyak dalam bekas tepung tu dan simpan dalam peti ais, sebba soknya baru aku nak buat murtabak tu

Bangun pepagi tu aku terus canai tepung tu atas dulang jek…x reti nak menebar….

Mr hubby cakap "huh...cam tangan mamak plak tangan mama dalam pic"

huh hampeh tol


Pas canai tu letak la daging yang dah dimasak tu, bawang besar n telur yang dicampur dengan kicap masin


Masak hingga kekuningan


Murtabak is ready……


yummy..yummy..yummy….

oleh kerana tepung ngan inti murtabak x balance so, tepung lebih aku wat roti canai simpul

ni fav family aku sb roti cam ni lebih rangup


ok yang ditunggu dah tiba


MURTABAK DAGING SEMARAK


BAHAN A (untuk isi)

1/2 kg daging ayam/lembu
1 cm halia
2 ulas bawang putih
1/2 bungkus rempah baryani (aku guna faizah's brand)
garam n gula

- tumis bawang putih n halia, bila dah naik bau masukkan daging
-tambah air dan biar hingga empuk
-ble sudah separuh kering, letak garam dan sedikit gula
-masak hingga kering macam buat rendang

BAHAN B (untuk kulit)
1/2 peket tepung gandum
1 biji telur
2 sudu besar susu pekat manis
2 cawan air (anggaran sahaja-boleh di adjust kemudian)
Marjerin

-Tepung, telur, susu air dan garam dicampur bersama.
-Uli sehingga tangan tidak melekit dengan tepung, kalau masih melekit, tambah tepung sedikit
demi sedikit
- bulatkan kecil-kecil tepung tadi mengikut anggaran murtabak yang akan dibuat
-letak marjerin sedikit di atas bulatan kecil tadi dan uli masuk ke dalam.
-simpan adunan di dalam minyak
-kemudian kalo x mo trus canai, bleh simpan dalam peti sejuk dulu, sok pepagi baru kuarkan dan canai.
-boleh juga ditambah daun sup untuk isi murtabak ni, tp memandangkan aku malas nak memilih untuk anak2 aku yg susah makan sayur, so aku pn x letak..

selamat mencuba...

0 comments:

Post a Comment