MesYuAraT PPDa (SMK BANDAR BARU SG BULOH)

(back dated status..hehehheh)

Tengah aku dok santai2 ngan family, tetiba aku dapat call dr skul, GPK HEM bg tau 28 / 02 tu aku kena g meeting..aku x kisah la g meeting tp yang aku kisah ialah tempat meeting tu..dah la bgtau time aku kat johor…mana la sempat nak cari skul tu kat mana…time 1st meeting tu kat SK Taman Desa Country Home, Rawang, senang la nak cari sebab dekat ngan skul aku, tapi SMK BANDAR BARU SUNGAI BULOh…adussss rasa nk tercabut jek jantung aku…kat mana plak ler skul tu…aku ajak hubby balik awal petang tu semata2 nk survey kat mana skul tu, nt x le meraban-raban aku nak cari sengsorang…. Aku jadi panic sebab kat GARMIN x de la skul tu…selalu cik akak tu le yg rajin tunjuk jalan kat kami…ni ble x de suara cik akak tu sure sesat…

So pas anta mamauda,papauda n rayyan maka aku pun trus ajak mr hubby cari skul tu… mr hubby suh cari sekolah kebangsaan Bandar Baru sungai buloh kat GARMIN, mana la tau kot2 ada…punya la hepi time tu tetiba jek ada terjojol sekolah tu… x pe lah x dapat smk tp sk pun cukup la sebab aku sure sk n smk dekat2 punya…

So kami pn ikut GARMIN… turn left la,,,turn right la..keep left la..if possible make a u turn la…tetiba u arrive a destination on ur left…. Tergezut aku, ble toleh kiri ada petrol pump bukannya sekolah…g balik wat u turn, takut kami terlepas simpang, tp kat situ gak perginya…ble dah 3-4 kali jadi cam tu…mr hubby yang cool tu dah mula mengeluh dah….

Korang tgok jam tu dah pukul berapa..skul x jumpa lagi, badan dah penat, mata dah mengantuk seb baek layan HOT FM…


Sampai tersesat ke kelab golf la..ntah mana2 ntah…

Last2 berenti tepi, cari skul guna GOOGLE Map, baru la jumpa, naper la dari awal x terpikir nak guna method tu..percaya je la suara cik kak tu tadi…..anak2 plak dah lama belayar dah…uda dia trun kereta td pn dah x nampak..tp seb baik diaorang tido,,kalo x mr hubby sure lagi tensen….


tu mr hubby tgh google la tuh...


Pusing punya pusing jumpa gak skul tu, tapi pintu belakang, x jumpa pintu depan, “sok awak tanyalah sesapa kat sini, tanya mana pintu depan skul tu” aku akur dengan arahan tu…BAIIKKK BBOOOOSSS!!! Actually aku tkut gak mr hubby marah, aku tau dia penat , maklumlah drive dr johor..tp ikutkan hati nak je suruh dia cari sampai dapat…sok cam ne ni nak cari pintu depan plak….aduuusssss……

So pepagi ble sampai skul ambik surat mesyuarat tu, baca punya baca ada la orang yang aku ble contact jika ada sebarang pertanyaan, trus aku tanya mana pintu depan skul tu….lor sennag je rupanya….

Ni la skul yang menyusahkan aku ni..tp aku hepi sebab skill aku kat kl/Selangor ni naik stu level lagi, time ni terasa best je kat johor, sekolah dekat2 n jalan x jem…senang nk cari sekolah walau kat mana pun aku dihantar mesyuarat..maklumlah tempat tanah tumpah darah aku..mmg la aku expert..


signboard sekolah

SMK BANDAR BARU SG BULOH


Pintu masuk dewan sekolah


Meja pendaftaran

Ni la pegawai PPD yang bagi talk kat kita orang, actually meeting kat surat sampai 4pm tapi 11pm dah settle dah, so pas lunch aku pun balik… fuh!!!! cayalah, berjaya aku mengharungi ari ni dengan cemerlang…mama boleh!!!!!

0 comments:

Post a Comment